Miv With Dtt Workshop 2019
14 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini13 Oktober 2019, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah datang ke Pusat Internet Manong bagi mengadakan satu sesi bengkel Malaysia ICT Volunteer (MIV) dengan Pusat Internet yang terpilih dalam Kluster Kuala Kangsar iaitu, Pusat Internet Manong, Lasah dan Kuala Kangsar.
Program ini merupakan program yang memerlukan sukarelawan setempat bagi war-warkan tentang penutupan TV analog di Malaysia. Oleh yang demikian, program ini menjelaskan kepada volunteer yang terlibat berkenaan penggunaan Tv digital, bagaimana cara mendapatkan Tv digital, bagaimana cara pemasangan tv digital yang betul dan berkenaan decoder mytv.
Taklimat program ini disampaikan oleh En. Fakrul Lutfi Bin Sabri, Timbalan Pengarah MCMC negeri Perak dan Nurhasliana wakil dari MCMC Cyberjaya.
Semoga program ini dapat membantu warga komuniti dengan menggunakan volunteer sebagai penyampai kepada warga setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: